5 HAMBALI 2011
SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB
KILOMETER 14 JALAN MATANG KUGHING
HARI MOTIVASI 5 HAMBALI
(HAMBALISM TEAMWORK)
ANJURAN
5 HAMBALI 2011
TARIKH
22 OKTOBER 2011
TEMPAT
TAMAN NEGARA GUNUNG GADING LUNDU
KERTAS KERJA
HARI MOTIVASI 5 HAMBALI
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Puan Pengetua SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB bagi mengadakan HARI MOTIVASI 5 HAMBALI.
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Lawatan yang akan dilaksanakan ini merupakan satu program motivasi untuk memantapkan mental pelajar 5 hambali bagi menghadapi perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Projek lawatan ilmiah ini bertujuan membuka minda para pelajar dengan pengalaman baru serta memperlihatkan keprihatinan tentang proses pendidikan besifat dalaman dan luaran. Melalui lawatan ini para peserta diberi peluang meneroka dan mengenali potensi diri sedia ada dan tahap yang perlu dicapai bagi meneruskan perjuangan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar peringkat pengajian tinggi atau pun sebagai generasi baru penggerak kemajuan ummah.Semua kos perbelanjaan sepanjang perjalanan ini adalah ditanggung oleh peserta sendiri.
3.0 RASIONAL
Rasionalnya lawatan ini adalah memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat tempat-tempat yang menarik secara berkumpulan dibawah kawalan pihak sekolah disamping kadar tambang dengan nilai kos yang minimum.Hasil lawatan akan membolehkan para peserta berkongsi ilmu atau pengetahuan yang jarang didapati iaitu berhadapan secara langsung dengan alam semulajadi dan pemantapan semangat bekerjasama sebagai satu unit.Disamping meningkatkan mentaliti peserta untuk menghadapi perperiksaan.
4.0 MATLAMAT
Untuk meningkatkan mentaliti pelajar bagi menghadapi perperiksaan disamping memupuk sifat ingin berjaya dan mencambah sifat persaingan yang sihat sesama rakan sekolah yang lain
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi peluang kepada peserta untuk menyaksikan sendiri perkembangan dan kepesatan negara yang kaya dengan tamaddun dan tempat-tempat bersejarah yang cukup membanggakan.
5.2 Menambah kecenderungan peserta dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang bakal diperolehi dan menghubungkannya dengan pengajian di sekolah.
5.3 Memperlihatkan kepada masyarakat bahawa pelajar-pelajar Sekolah Agama juga mementingkan kualiti pendidikan bertaraf tinggi dan komited terhadap pembangunan kendiri, yang akan diterokai melalui aktiviti kembara seperti ini.
6.0 TEMA
”PENEROKAAN MINDA DALAM MENJANA INSAN BERILMU, CEMERLANG DAN BERPANDANGAN JAUH”
7.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 22 OKTOBER 2011
Hari : SABTU
Tempat : TAMAN NEGARA GUNUNG GADING
8.0 TENTATIF PROGRAM
MASA
8.00
10.00
10.30
1.30
2.00
4.00 | AKTIVITI
PESERTA BERTOLAK
PESERTA TIBA TAKLIMAT KESELAMATAN PENDAFTARAN PEMBAHAGIAN KEDALAM KUMPULAN
JUNGLE TRACKING MOTIVASI PELAJAR
(RAMAJA DAN DUNIA BARU) (PAUL THE OCTOPUS) (KERJAYA PELAJAR)
SOLAT ZOHOR
Makan tengah hari
(bbq,potluck dan buffet)
Mandi manda
Sesi santai dan permainan air
Berkemas
Solat asar
Bertolak pulang |
9.0AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA
i) PENYELIA ROMBONGAN
CIKGU ZETI EZWINA BINTI CHEMAN
GURU KELAS 5 HAMBALI
ii) SETIAUSAHA
MUHAMMAD FAHMI IBRAHIM
iii) PENGANGKUTAN
SYARIKAT BAS SEKOLAH KIP
iv) DISIPLIN DAN KESELAMATAN
Muhammad Saleh Bin Noor
Ellyana Nazima Binti Razali
v) PENDAFTARAN DAN KEBAJIKAN
Rahmatulhuda Binti Khalidi
vi) PERHUBUNGAN AWAM
Awang Shyamill Awang Morni
10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan kertas kerja ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak Yang Berusaha Puan Pengetua SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB.Segala kerjasama daripada pihak Yang Berusaha Puan Pengetua amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Kami juga sangat berharap agar Program Hari motivasi 5 hambali ini akan berjaya mencapai matlamat dan objektifnya dan seterusnya memberikan pengalaman serta pendedahan yang bernilai kepada para pelajar 5 Hambali 2011 SMK A SHEIKH KAJI OTHMAN ABDUL WAHAB.
Disediakan oleh:
..................................................
( FAHMI IBRAHIM )
Setiausaha
Program Hari motivasi 5 HAMBALI 2011
SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB