Saturday, 9 July 2011

kertas kerja lawatan 5 hambali


5 HAMBALI 2011
SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB
KILOMETER 14 JALAN MATANG KUGHING


HARI MOTIVASI 5 HAMBALI
(HAMBALISM TEAMWORK)


ANJURAN
5 HAMBALI 2011


DENGAN KERJASAMA
ATLANTIS.CORP
SAHABAT ASTRONOMI


TARIKH
17 SEPTEMBER 2011



TEMPAT
TAMAN NEGARA GUNUNG GADING LUNDU



KERTAS KERJA

HARI MOTIVASI 5 HAMBALI

ANJURAN
5 HAMBALI 2011

DENGAN KERJASAMA
ATLANTIS.CORP
SAHABAT ASTRONOMI






1.0    TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Puan Pengetua SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB bagi mengadakan HARI MOTIVASI 5 HAMBALI.Kertas kerja ini juga dikemukakan untuk memohon peruntukan kewangan bagi pelaksanaan program ini.


2.0       LATAR BELAKANG PROGRAM

Lawatan yang akan dilaksanakan ini merupakan satu program motivasi untuk memantapkan mental pelajar 5 hambali bagi menghadapi perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Projek lawatan ilmiah ini bertujuan membuka minda para pelajar dengan pengalaman baru serta memperlihatkan keprihatinan tentang proses pendidikan besifat dalaman dan luaran. Melalui lawatan ini para peserta diberi peluang meneroka dan mengenali potensi diri sedia ada dan tahap yang perlu dicapai bagi meneruskan perjuangan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar peringkat pengajian tinggi atau pun sebagai generasi baru penggerak kemajuan ummah.


3.0       RASIONAL

Rasionalnya lawatan ini adalah memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat tempat-tempat yang menarik secara berkumpulan dibawah kawalan pihak sekolah disamping kadar tambang dengan nilai kos yang minimum.Hasil lawatan akan membolehkan para peserta memperolehi ilmu atau pengetahuan yang jarang didapati iaitu berhadapan secara langsung dengan organisasi atau institusi-institusi terkemuka.Disamping meningkatkan mentaliti peserta untuk menghadapi perperiksaan.




4.0       MATLAMAT

Untuk meningkatkan mentaliti pelajar bagi menghadapi perperiksaan disamping memupuk sifat ingin berjaya dan mencambah sifat persaingan yang sihat sesama rakan sekolah yang lain

           

5.0      OBJEKTIF

5.1 Memberi peluang kepada peserta untuk menyaksikan sendiri perkembangan dan kepesatan negara yang kaya dengan tamaddun dan tempat-tempat bersejarah yang cukup membanggakan.

5.2 Menambah kecenderungan peserta dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang bakal diperolehi dan menghubungkannya dengan pengajian di sekolah.

5.3  Memperlihatkan kepada masyarakat bahawa pelajar-pelajar Sekolah Agama juga mementingkan kualiti pendidikan bertaraf tinggi dan komited terhadap pembangunan kendiri, yang akan diterokai melalui aktiviti kembara seperti ini.

6.0       TEMA

”PENEROKAAN MINDA DALAM MENJANA INSAN BERILMU, CEMERLANG DAN BERPANDANGAN JAUH”



7.0       PELAKSANAAN

Tarikh              :  17 SEPTEMBER 2011  
Hari                  :  SABTU 
Tempat            : TAMAN NEGARA GUNUNG GADING


8.0       PENGANJUR UTAMA DAN SAMPINGAN

1.      5 HAMBALI
2.      SAHABAT ASTRONOMI
3.      ATLANTIS.CORP

9.0       PENYERTAAN       

(Rujuk Senarai Nama Pelajar yang dilampirkan)

10.0   GURU PENGIRING
           
1.       CIKGU ZETI EZWINA BINTI CHE MAN
2.       CIKGU ANNUR KIPRAWI


           
11.0   PENGISIAN/ AKTIVITI:
           
Pelajar diminta untuk mencatat pengalaman yang diperoleh serta memberikan pandangan, pendapat, komen terhadap tempat yang dilawati.


12.0   TENTATIF PROGRAM     

MASA

8.00

10.00





10.30






1.30

2.00






4.00
AKTIVITI

PESERTA BERTOLAK

  • PESERTA TIBA
  • TAKLIMAT KESELAMATAN
  • PENDAFTARAN
  • PEMBAHAGIAN KEDALAM KUMPULAN

  • JUNGLE TRACKING
  • MOTIVASI PELAJAR
    (RAMAJA DAN DUNIA BARU)
     (PAUL THE OCTOPUS)
     (KERJAYA PELAJAR)

  • SOLAT ZOHOR

  • Makan tengah hari
    (bbq,potluck dan buffet)

  • Mandi manda

  • Sesi santai dan permainan air

  • Berkemas

  • Solat asar

  • Bertolak pulang







13.0   ANGGARAN PERBELANJAAN

13.1) PENDAPATAN
BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
CATATAN
1.
YURAN PELAJAR
280
RM 10.00 x 28 orang pelajar
2.
PENAJAAN / SUMBANGAN
560
Akan diusahakan dengan Pihak sekolah dan kerjasama individu-individu yang berkebolehan.


840


13.2) PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
CATATAN
1
MAKANAN
364
**
2
CHALET
300
***
3
CENDERAMATA
170
****
4
KOS URUSAN
6


** Anggaran kos makanan peserta seperti berikut :
     a) Sarapan Pagi              RM 3.00
     b) BAHAN BBQ               RM 5.00
     c) BUFFET                    RM 5.00
  JUMLAH                  RM13.00

*** Menyewa chalet untuk kemudahan solat,menukar pakaian dan tempat menyimpan barang

**** berbentuk t-shirt 5 hambali dan barangan peringatan dan penghargaan daripada 5 hambali



14.0    AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA
           
i)        PENAUNG
Ustazah Hajah Norlela Binti Bujang.
Pengetua
SMK (A) SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB
           
ii)      PENASIHAT
GURU KAUNSELING.
SMK (A) SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB

iii)    PENYELIA ROMBONGAN
CIKGU ZETI EZWINA BINTI CHEMAN
GURU KELAS 5 HAMBALI

iv)   SETIAUSAHA
MUHAMMAD FAHMI IBRAHIM

v)     PENGANGKUTAN
SMK (A) SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB

vi)   DISIPLIN DAN KESELAMATAN
Muhammad Saleh Bin Noor
Ellyana Nazima Binti Razali

vii) PENDAFTARAN DAN KEBAJIKAN
Rahmatulhuda Binti Khalidi

viii)           IKLAN DAN PUBLISITI
Muhammad Arif Bin Mahmud

ix)   PERHUBUNGAN AWAM DAN PENAJAAN
Awang Shyamill Awang Morni

                       












15.0    PENUTUP

Adalah diharapkan kertas kerja ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak Yang Berusaha Puan Pengetua SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB.Segala kerjasama daripada pihak Yang Berusaha Puan Pengetua amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Kami juga sangat berharap agar Program Hari motivasi 5 hambali ini akan berjaya mencapai matlamat dan objektifnya dan seterusnya memberikan pengalaman serta pendedahan yang bernilai kepada para pelajar 5 Hambali 2011 SMK A SHEIKH KAJI OTHMAN ABDUL WAHAB.


Disediakan oleh:                                                                                                                           


..................................................                                            
( FAHMI IBRAHIM )                                                                                                                                                                                                                                                
Setiausaha
Program Hari motivasi 5 HAMBALI 2011
SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB




























16.0         SOKONGAN PENGETUA SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB


Dengan ini saya menyokong / tidak menyokong " Program Hari motivasi 5 hambali “ 5 HAMBALI 2011 dengan kerjasama SAHABAT ASTRONOMI DAN ATLANTIS.CORP


Ulasan:

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________










.............................................                                     ......................................................
Tandatangan Pengetua                                             (Nama dan Cop Jawatan)
Hajah Norlela Binti Bujang
                                               

Tarikh :                                              




No comments:

Post a Comment